assalamualaikum..selamat datang ke blog BICARA ADDIINIL ISLAM..semoga apa yang ditulis dapat dikongsi bersama..

Sabtu, 17 November 2012

Tayammum

BERSUCI (TAYAMMUM)

Apa makna tayammum?

Tayammum bermaksud menyapu debu tanah yang bersih ke muka dan dua tangan sebagai ganti wudhuk dan mandi wajib ketika ketiadaan air atau tidak mampu menggunakan air kerana sakit, terlalu sejuk atau sebagainya.[1] Keharusan tayammum telah sabit dengan al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak ulamak. Firman Allah di dalam al-Quran (bermaksud);

“Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh (atau mensetubuhi) perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau untuk mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu”. (al-Maidah: 6).

Syarat-syarat tayammum.
1) Bertayammum apa bila masuk waktu solat.
2)Telah berusaha mendapatkan air.
3) Menghilangkan najis sebelum bertayammum
4) Menggunakan debu tanah yang suci.
5)Sekali bertayammum untuk satu waktu solat sahaja.

Rukun Tayammum 
1) Niat
" sahaja aku bertayammum untuk membolehkan bersolat fardhu kerana Allah Taala"
2) Menyapu debu tanah ke muka.
3) menyapu debu tanah kedua belah tangan hingga siku.
4) tertib.
Sunat -Sunat bertayammum
  1. Membaca bismillah.
  2. Menghadap kiblat.
  3. Menyapu muka dari atas ke bawah.
  4. Mandahulukan tangan kanan dari kiri.
  5. Menipiskan debu di tangan dengan cara menepuk dua tepi tangannya.
  6. Menjarangkan jari ketika menepuk debu.
  7. Semasa menyapu debu, tangan jangan diangkat kecuali telah sempurna menyapunya.
  8. Sapuan dibuat lebih daripada bahagian yang diwajibkan.
  9. Menanggalkan cincin bagi tepukan pertama.
  10. Membaca doa selepas wuduk selepas selesai bertayammum
http://cahayacinta.com/wp-content/uploads/2011/01/images.jpeg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan