Adab menziarahi Jiran.
Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Menziarahi jiran bermaksud melawat mereka untuk mengeratkan perhubungan. Tidak kira sama ada jiran kita itu sesama muslim atau berlainan agama. Kita perlu memuliakan jiran tetangga.
Antara adab-adab yang perlu dijaga semasa menziarahi jiran ialah:
1) Hendaklah memilih masa yang sesuai semasa bertandang ke rumah jiran.
2) Hendaklah mengawal pandangan semasa berada di rumah jiran.
3) Hendaklah meminta izin sekiranya mahu menggunakan sebarang kemudahan milik tuan rumah.
4) Hendaklah saling bantu membantu sekiranya jiran di dalam kesusahan.
5) Merendahkan suara ketika bercakap dengan jiran.
6) Hendaklah selalu prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh jiran.
7) Memberi salam sebelum masuk ke rumah jiran.
Hikmah beradab.
1) Mewujudkan keharmonian sesama jiran.
2) Menimbulkan kasih sayang sesama jiran.
3) Dirahmati Allah dan mendapat pahala.
4) Merapatkan Silaturrahim.
Akibat tidak beradab
1) Merenggangkan hubungan.
2) Dibenci oleh Allah, Masyarakat dan jiran sekeliling.
3) Mewujudkan suasana yang tidak harmoni, dan berlaku permusuhan sesama jiran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan