assalamualaikum..selamat datang ke blog BICARA ADDIINIL ISLAM..semoga apa yang ditulis dapat dikongsi bersama..

Rabu, 14 November 2012

Solat jumaat



Pelajaran Ibadah: Tahun 5
Pengertian :
Solat dua rakaat yang dilakukan secara berjemaah di masjid atau tempat tertentu dengan didahului dua khutbah.

Syarat sah:
Islam, lelaki, Baligh, Berakal, Merdeka, Tidak uzur dan bermastautin
Hukum:
Fardhu Ain ke atas setiap lelaki muslim yang cukup syarat.
Niat:
Ussoli fardal jumuati rak ataini ada an makmuman lillahi Taala.
“sahaja aku solat fardhu Jumaat dua rakaat tunai makmun kerana Allah Taala”
Sunat sebelum Solat:
1) Mandi.   2) memotong kuku.   3)berpakaian bersih.  4)memakai bau-bauan. 5) Datang awal ke masjid. 6) Solat sunat tahiyatul masjid. 7) iktikaf 8) Membaca  Al- Quran. 9) Berselawat dan berzikir.
Hikmah:
1) Lambang perpaduan Ummah.
2)Membuktikan ketaatan kepada Allah.
3) membuktikan ketaatan kepada Allah.
Syarat Sah:
1) Dilakukan secara berjemaah.
2) Pada Waktu zohor
3)Jemaah sekurang-kurangnya 40 orang lelaki.
4) Ditempat yang ditentukan seperti masjid.
5)Didahului dengan dua khutbah.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan