assalamualaikum..selamat datang ke blog BICARA ADDIINIL ISLAM..semoga apa yang ditulis dapat dikongsi bersama..

Khamis, 13 Disember 2012

Masjid pertama dalam Islam

Tahukah Anda ?

Masjid yang pertama dalam Islam ialah Masjid Quba'
Pengasasnya ialah Rasulullah s.a.w
Tarikh pembinaan ialah pada 8 rabiul awwal tahun ke 14 kerasulan.
Bertempat di Quba' iaitu kira-kira 4 kilometer dari Masjid Nabawi.


Terkini masjid Quba....

Ahad, 9 Disember 2012

Sunat Ab'ad dan Sunat Hai'ah

Pengertian Sunat Ab'ad

Amalan sunat yang sangat dituntut dalam solat, jika ditinggalkan secara sengaja atau tidak, maka disunatkan sujud sahwi.

Perkara Sunat Ab'ad

1) Duduk Tahiyat Awal
2) Membaca tahiyat awal
3) Berselawat ke atas Nabi dalam Tahiyat Awal.
4) membaca doa qunut.
5) Berdiri semasa Qunut.
6) Berselawat ke atas keluarga Nabi dalam Qunut.
7) Berselawat ke atas keluarga Nabi dalam tahiyat akhir.

Pengertian Sunat Hai'ah

Amalan sunat dalam solat, jika ditinggalkan secara sengaja atau tidak, tidak disunatkan sujud sahwi.

Perkara Sunat Hai'ah

1) mengangkat kedua tangan ketika takbiratul ihram.
2)Meletak tangan kanan ke atas belakang tangan kiri semasa berdiri.
3) Membaca Isti'azah sebelum membaca fatihah.
4) Membaca surah selepas al - fatihah pada rakaat pertama dan kedua.
5) menyaringkan bacaan al-fatihah.
6) membaca ketika bangkit dari rukuk.
7) membaca takbir 'al intiqalat' mengiringi setiap pergerakan dalam solat.
8) membaca tasbih 3 kali ketika rukuk dan sujud.
9) Duduk iftirasy.
10) Membaca ketika duduk antara dua sujud.
11) memberi salam yang kedua.
12) Berpaling ke kanan dan ke kiri semasa memberi salam.



Sabtu, 17 November 2012

Tayammum

BERSUCI (TAYAMMUM)

Apa makna tayammum?

Tayammum bermaksud menyapu debu tanah yang bersih ke muka dan dua tangan sebagai ganti wudhuk dan mandi wajib ketika ketiadaan air atau tidak mampu menggunakan air kerana sakit, terlalu sejuk atau sebagainya.[1] Keharusan tayammum telah sabit dengan al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak ulamak. Firman Allah di dalam al-Quran (bermaksud);

“Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh (atau mensetubuhi) perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau untuk mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu”. (al-Maidah: 6).

Syarat-syarat tayammum.
1) Bertayammum apa bila masuk waktu solat.
2)Telah berusaha mendapatkan air.
3) Menghilangkan najis sebelum bertayammum
4) Menggunakan debu tanah yang suci.
5)Sekali bertayammum untuk satu waktu solat sahaja.

Rukun Tayammum 
1) Niat
" sahaja aku bertayammum untuk membolehkan bersolat fardhu kerana Allah Taala"
2) Menyapu debu tanah ke muka.
3) menyapu debu tanah kedua belah tangan hingga siku.
4) tertib.
Sunat -Sunat bertayammum
  1. Membaca bismillah.
  2. Menghadap kiblat.
  3. Menyapu muka dari atas ke bawah.
  4. Mandahulukan tangan kanan dari kiri.
  5. Menipiskan debu di tangan dengan cara menepuk dua tepi tangannya.
  6. Menjarangkan jari ketika menepuk debu.
  7. Semasa menyapu debu, tangan jangan diangkat kecuali telah sempurna menyapunya.
  8. Sapuan dibuat lebih daripada bahagian yang diwajibkan.
  9. Menanggalkan cincin bagi tepukan pertama.
  10. Membaca doa selepas wuduk selepas selesai bertayammum
http://cahayacinta.com/wp-content/uploads/2011/01/images.jpeg

Rabu, 14 November 2012

hukum wanita solat jumaat

Solat jumaat



Pelajaran Ibadah: Tahun 5
Pengertian :
Solat dua rakaat yang dilakukan secara berjemaah di masjid atau tempat tertentu dengan didahului dua khutbah.

Syarat sah:
Islam, lelaki, Baligh, Berakal, Merdeka, Tidak uzur dan bermastautin
Hukum:
Fardhu Ain ke atas setiap lelaki muslim yang cukup syarat.
Niat:
Ussoli fardal jumuati rak ataini ada an makmuman lillahi Taala.
“sahaja aku solat fardhu Jumaat dua rakaat tunai makmun kerana Allah Taala”
Sunat sebelum Solat:
1) Mandi.   2) memotong kuku.   3)berpakaian bersih.  4)memakai bau-bauan. 5) Datang awal ke masjid. 6) Solat sunat tahiyatul masjid. 7) iktikaf 8) Membaca  Al- Quran. 9) Berselawat dan berzikir.
Hikmah:
1) Lambang perpaduan Ummah.
2)Membuktikan ketaatan kepada Allah.
3) membuktikan ketaatan kepada Allah.
Syarat Sah:
1) Dilakukan secara berjemaah.
2) Pada Waktu zohor
3)Jemaah sekurang-kurangnya 40 orang lelaki.
4) Ditempat yang ditentukan seperti masjid.
5)Didahului dengan dua khutbah.

 

Ahad, 4 November 2012

Asas Akhlak Islamiah tahun 5

Adab menziarahi Jiran.

Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Menziarahi jiran bermaksud melawat mereka untuk mengeratkan perhubungan. Tidak kira sama ada jiran kita itu sesama muslim atau berlainan agama. Kita perlu memuliakan jiran tetangga.

Antara adab-adab yang perlu dijaga semasa menziarahi jiran ialah:
1)  Hendaklah memilih masa yang sesuai semasa bertandang ke rumah jiran.
2)  Hendaklah mengawal pandangan semasa berada di rumah jiran.
3)  Hendaklah meminta izin sekiranya mahu menggunakan sebarang kemudahan milik tuan rumah.
4)  Hendaklah saling bantu membantu sekiranya jiran di dalam kesusahan.
5)  Merendahkan suara ketika bercakap dengan jiran.
6)  Hendaklah selalu prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh jiran.
7)  Memberi salam sebelum masuk ke rumah jiran.

Hikmah beradab.
 1)  Mewujudkan keharmonian sesama jiran.
2)  Menimbulkan kasih sayang sesama jiran.
3)  Dirahmati Allah dan mendapat pahala.
4)  Merapatkan Silaturrahim.

Akibat tidak beradab
1)  Merenggangkan hubungan.
2)  Dibenci oleh Allah, Masyarakat dan jiran sekeliling.
3)  Mewujudkan suasana yang tidak harmoni, dan berlaku permusuhan sesama jiran.


Sabtu, 27 Oktober 2012

Contoh rancangan pelajaran harian tahun 3 ( Al Quran )


ڤنديديقن اسلام – اسوهن تلاوة القرءان ( حفظن )
مات ڤلا جرن
تاهون 3 ستيا
کلس
60 م
ماس
1.1.1 ممباح ,مغحفظ دان مغعمالن سورة الفيل,سورة الهمرة,سورة العصر, سورة التکاثر دغن بتول دان برتجويد
ستندرد کاندوڠن
1.1.1.4ممباح ,مغحفظ دان مغعمالکن, سورة التکاثر دغن بتول دان برتجويد
ستندرد ڤمبلاجرن
موريد دافت :
1.    مڽبوت دان ممباچ کليمه دڠن بتول.
2.    ممباچ ايات دڠن بتول
3.    ممباچ ايات دڠن بتول دان برتجويد
4.    مڠحفظ ايات دغن بتول دان فصيح
اوبجيکتيف ڤمبلاجرن
1.    ݢورو ممڤردڠرکن باچاءن ايات حفظن ملالوءي تليفون بيمبيت.
2.    سوءال جواب ليسن تنتڠ اڤ يڠ ددڠر اوليه موريد.
3.    ݢورو ممڤاميرکن کد کليمه دان ممباچ برسام موريد.
4.    موريد مڽبوت سچارا لاتيه توبي دڠن بيمبيڠن ݢورو.
5.    ݢورو ممڤاميرکن کد ايات دان ممباچ برسام موريد.
6.    موريد ممباچ سچارا لاتيه توبي دڠن بيمبيڠن ݢورو.
7.    لاتيه توبي :مڽوسون کلمه منجادي ايات يڠ سمڤورنا.

اکتيويتي ڤڠاجرن دان ڤمبلاجرن
1. تيکنولوجي معلومت – تليفون ڤينتر
2.کاوسهاونن :
 ڤکا کڤد ڤلواڠ.EK 1.2
 داي کرياتيويتي دان اينوواسي.EK 1.4
  برکاوڤاياءن مميمڤين ( برکرجاسام دان ممفوڽاءي داي ساءيڠ اونتوق منجادي امام صلاة).EK 1.9
 
ا.م.ک

1.تليڤون موده اليه
2.کد کليمه
3.کد ايات
4.القرءان (مصحف رسم عثماني)
باهن بنتو مڠاجر
موريد داڤت مڠحفظ سورة التکاثر دڠن بتول دان فصيح
ڤنيلاين

ايم